Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdu Rasah Amin,57,selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 197 dan dibaca bersama Seksyen 41(4)(a) enakmen sama.
Darmafikri tururt emerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan,tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di kampung Bokara,Karamunting ,jam 11.50 pagi,15 julai lalu.
Enakmen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250,000 selain penjara tidak lebih lima tahun,jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar,Abdul Karim Dakog berkata,spesis penyu hijau atau nama saintifik ,'chelonia mydas',dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
Mahkamah turut mengarahkan telur penyu dirampas itu diserahkan kepada pihak pendakwaan untul tindakan lanjut manakala tertuduh ,yang tidak diwakili peguam,dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.
Sumber: --BERNAMA