Kundasang Dilanda Gempa Bumi Lemah

 

FB Malaysian Meteorlogical Department

Ranau
: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Kundasang pada jam 7.27 pagi tadi.

Gempa bumi lemah itu dikesan di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan magnitud 3.1.

Dalam kenyataan yang di keluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan, gempa bumi itu dikesan pada jarak 13 kilometer barat laut dari Ranau.

Katanya, gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu turut dapat dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

"MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib ketika dihubungi berkata, setakat ini bomba tidak menerima sebarang aduan susulan gempa bumi itu.

Bagaimanapun katanya, BBP Ranau akan terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan Pekan Kundasang dan Ranau.

"Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan," katanya.


Sumber:--DEASOKA


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama