Kunjungan Hormat Perkukuh Hubungan Dua Hala Parlimen Ranau, KKTP

KENANGAN: Masidi menyampaikan cendera kenangan kepada Jonathan semasa kunjungan hormat di sini.

KOTA KINABALU: Kunjungan hormat 24 kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau memperkukuh hubungan dua hala antara Parlimen Ranau dan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

Kunjungan yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin disambut baik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dengan dihadiri Setiausaha KKTP, Datuk Dr.Jamili Nais di bangunan Wisma Innoprise Kota Kinabalu di sini.

Masidi yang merakamkan ucapan terima kasih dengan kunjungan kali pertama tersebut berkata ini adalah sebagai titian mesra serta menguatkan lagi ikatan silaturrahim sedia terjalin antara kedua belah pihak.

Sementara itu Jonathan turut merakamkan penghargaan dengan sambutan daripada pihak KKTP dan menyatakan kunjungan ini sudah lama dirancang bagaimanapun tertangguh berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dua tahun lepas.

“Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Parlimen Ranau dengan KKTP bagi melaksanakan aspirasi kerajaan,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo






Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama