Amaran ribut petir di kebanyakan kawasan seluruh Sabah: MET Malaysia

Amaran ribut petir oleh MET Malaysia


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negeri Sabah.

Antara kawasan terlibat adalah pedalaman Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan, kawasan Pantai Barat Sabah termasuk Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Selain itu, Sandakan meliputi Kinabatangan serta Kudat meliputi Kota Marudu antara termasuk dalam senarai amaran ribut petir itu.

Amaran itu dikeluarkan pada pukul 3.45 petang dan dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam, Isnin.


Terbaru Lebih lama