Balai Bomba Putatan dirasmi, tingkat perkhidmatan kecemasan

Nga Kor Ming (tiga dari kanan) merasmikan Balai Bomba Baharu Putatan (Kredit foto: Daily Express)

PUTATAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, merasmikan Balai Bomba Putatan sekaligus menandakan era baharu bagi perkhidmatan kecemasan di Sabah, khususnya bagi daerah Putatan.

Pembinaan balai bomba tersebut pastinya bertujuan untuk mempercepat masa untuk tindak balas kecemasan dan meningkatkan keselamatan awam di negeri ini. 

Selain itu, balai bomba tersebut, dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM11.72 juta, bermula pada 2021 dan selesai pada Jun 2024 sekaligus mengatasi pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19.

Balai Bomba Putatan, yang dibina di atas tapak seluas 1.756 ekar, merupakan sebuah balai bomba Kategori-C yang dilengkapi dengan kemudahan moden seperti ruang kenderaan, pejabat pentadbiran, stor logistik, rumah pam, menara dan padang kawad.

Hadir sama dalam acara tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Sumber berita: Daily Express 


Terbaru Lebih lama