BELURAN: Sebuah lori Treler dilaporkan terbakar 60 peratus dalam kejadian di Jalan Sapi Nangoh, Beluran pagi Khamis.
Komander operasi, Arsad Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 10.10 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota pasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Beluran dihantar ke lokasi kejadian sejauh 80 kilometer dari BBP.
"Bagaimanapun, kebakaran sudah dipadamkan oleh pemandu lori dengan menggunakan air di bahagian tangki simpanan lori sebelum ketibaan pasukan bomba.
"Tiada operasi dilakukan oleh pasukan dan hanya mengambil maklumat di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.
Tambahnya lagi, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.30 pagi.
Photo: