Sabah antara negeri dapat amaran gelombang haba tahap satu

      

Sabah antara negeri catat amaran gelombang haba Tahap Satu


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba Tahap Satu untuk Sabah dan tiga negeri lain termasuk Sarawak, Kelantan, dan Perak.

Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebook pada pukul 6 pagi tadi (Sabtu), Kota Marudu adalan antara kawasan yang berada di Tahap Satu gelombang haba bagi negeri Sabah.

Selain itu, bagi negeri Sarawak pula, Bintulu dan Sri Aman disenaraikan berada di bawah amaran Tahap Satu.

Amaran itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencatat antara 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, amaran Tahap Dua dikeluarkan apabila julat suhu antara 37 darjah celcius dan 40 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh merujuk laman web rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.


Sumber berita: Daily Express. 



Terbaru Lebih lama