Sabah jana RM700 juta hasil jualan terkumpul lima kargo minyak mentah (Kredit foto: BERNAMA Images)
KOTA KINABALU: Sabah berjaya memperoleh anggaran hasil jualan sebanyak RM120 juta daripada kargo minyak mentah terbarunya pada 23 Julai baru-baru ini.
Jualan itu merupakan hasil daripada 50 peratus kepentingan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang.
Pengambilalihan strategik 50 peratus kepentingan dalam PSC Samarang oleh SMJ Energy Sdn. Bhd. pada Mei 2023 membolehkan Sabah memasarkan minyak mentahnya melalui Terminal Minyak Mentah Labuan.
Dalam sebuah kenyataan, turut dimaklumkan bahawa penjanaan yang terkumpul hampir RM700 juta itu adalah hasil daripada jualan lima kargo setakat ini.
Urus niaga tersebut dijangka mampu memberikan hasil yang berterusan untuk tempoh 12 tahun akan datang, seterusnya memperkukuh ekonomi negeri Sabah.
Sumber berita: Daily Express