KOTA MARUDU: Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan rentung dan tiga lagi cedera dalam sebuah kebakaran di Kampung Blok 5, Pitas, awal pagi Khamis.
Dikatakan, semasa kebakaran itu bermula kira-kira pukul 2.19 pagi, mangsa berusia 11 tahun ditemukan di ruang tamu, mangsa kedua, lelaki berusia 50an ditemukan di dapur dan seorang lagi lelaki warga emas berusia 60an ditemui di bilik air.
Pihak bomba menerima panggilan berkenaan kejadian malang itu pada jam 2.19 pagi dan bergegas ke lokasi dengan tiga buah jentera bersama lapan anggota.
Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.
Menurut komander operasi, Asman Omar, kebakaran yang melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal bersama dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja terbakar 100 peratus.
Dalam pada itu, operasi memadamkan kebakaran yang dilakukan dengan sumber air dari jentera dan api berjaya dikawal pada pulul 3.25 pagi.
Operasi menyelamat turut disertai pasukan polis dan kebakaran selesai dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.36 pagi.