KOTA KINABALU: Seramai 39 pelajar menerima bantuan one-off daripada Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).
Majlis penyerahan itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.
Hadir sama dalam majlis penyerahan itu ialah Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin, serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.
Dalam majlis yang itu juga, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang diwakili oleh Ketua Eksekutif KTYS, Datuk Tah Nia Jaman turut menerima sumbangan sebanyak RM207,000.00 bagi dana pelaksanaan Program Khas Persediaan ke Timur Tengah 2024.
Jumlah itu merupakan jumlah keseluruhan dana yang diserahkan kali ini adalah sebanyak RM416,775.50.
Sejak 2022, TPNS telah memberikan bantuan kepada 4,986 orang pelajar dengan dana sebanyak RM5,868,696.23.