Hajiji ziarah Akmal, selepas cedera lumba basikal di SUKMA



Hajiji ( duduk, dua dari kiri) berbual bersama Akmal semasa menziarahinya



KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa berziarah dan melawat atlet berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riversite MajesticHotel pada Sabtu.


Hadir sama mengiringi beliau ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menteri Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan

Datuk Mansur Asun yang juga merupakan `Chief De’ Mission’ Sabah.


Atlet muda berumur 17 tahun berasal dari Tawau itu mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramai-ramai kategori perseorang dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada 15 Ogos lalu.


"Saya bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal ini dan didoakan semoga Akmal akan segera sembuh, insyaAllah," katanya.


Akmal kini ditemani oleh ibu dan bapanya di Kuching.


Sementara itu, Hajiji turut menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya.


Hajiji hadir di upacara perasmian SUKMA

Hajiji turut menyeru kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak untuk terus melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas.


"Saya yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan

mahu atlet negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah," katanya lagi.


Perasmian acara temasya suka penuh warna warni itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Perasmian gilang-gemilang itu memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama