![]() |
Bong sumbang pingat perak kepada Sabah selepas ditewaskan pesaing dari Pulau Pinang (Sumber Foto: MSN Sabah) |
Sabah memperoleh kilauan pingat perak pertama bagi siri Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-21 pada Jumaat.
Perak pertama itu disumbangkan oleh kejayaan atlet wushu Sabah, Ericsson Bong Cheng Loong.
Bong menjadi naib juara selepas tewas dalam acara peringkat akhir di tangan atlet Pulau Pinang, Muhd Danish Aizad Mohd Firdaus Chua.
Pingat itu merupakan pingat kedua diperoleh kontinjen Sabah selepas kemenangan pingat gangsa, hasil sumbangan kemenangan daripada atlet Emmanuel Fo dalam acara tenpin boling lelaki individu, dalam acara yang berlangsung pada Khamis malam.