Foto: Polis Daerah Penampang |
PENAMPANG - 39 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Jalan Papar - Kota Kinabalu, Putatan.
Ketua Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Rozami Hj Ahmad berkata, sebanyak 64 kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang berakhir pukul 2 pagi tadi.
"Sebanyak 39 keping saman atas pelbagai kesalahan dan 17 keping saman daripadanya adalah tiada lesen memandu," katanya.
"Operasi ini dijalankan bagi mencegah kegiatan lumba haram serta mengesan pengubahsuaian motosikal yang berlebihan dan tidak mengikut spec modifikasi yang dibenarkan."
Tambahnya, operasi tersebut juga bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.