Pertemuan ALC kukuhkan hubungan Malaysia-Brunei: Hajiji



Hajiji turut serta dalam ALC di Brunei hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Perjumpaan Tahunan Pemimpin (ALC) tahunan itu adalah petanda baik untuk penyatuan kerjasama sekaligus saling menguntungkan antara Malaysia dan Brunei.

"Perjumpaan seumpama ini membolehkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama meluas dalam konteks hubungan Malaysia-Brunei yang kukuh dan juga Sabah-Brunei," katanya. 

Hajiji mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25 Malaysia-Brunei Darrusalam, pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua negara yang diadakan di Istana Nurul Iman, di sini pada Isnin.

Dalam ALC itu, pemimpin kedua-dua negara, Brunei yang diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah, menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Instrumen Dua Hala antara Kerajaan Malaysia dan Brunei Darrusalam.

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada juga turut dibincangkan dalam pertemuan ALC tersebut.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan serta negeri.

Terbaru Lebih lama