Dari kiri: Hajiji, Rafail, Tun Juhar, Toh Puan Norlidah, isteri Rafail dan Juliah |
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag hadir dalam Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Rabu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr. Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong dan kenamaan lain.
Selain upacara “toast” oleh Tun Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan “Tumpeng” dan persembahan tarian kebudayaan dan artis jemputan.