Ribut petir serta hujan lebat, angin kencang, laut bergelora di Sabah Barat hingga Labuan

 

Gambar sekadar hiasan
Sumber Foto: Google Images

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sabah Barat, Labuan dan Sarawak Utara yang dijangka berterusan hingga lewat petang Jumaat.

Amaran dari METMalaysia berkenaan angin kencang dan laut bergelora


"Dalam lingkungan 24 Batu Nautika, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora.

"Keadaan ombak juga mencecah ketinggian 3.5 meter dan keadaan ini adalah berbahaya untuk aktiviti bot-bot kecil," katanya. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari Jumaat itu juga, METMalaysia juga memberitahu bahawa angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan aktiviti sukan laut," katanya. 

Selain itu, ribut petir serta angin kencang dijangka juga berlaku di perairan Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu, sekaligus menyebabkan angin kencang dsehinagga 50 kilometer sejam.

"Laut bergelora dengan ombak mencecah ketinggian sehingga 3.5 meter ini juga tidak selamat untuk aktiviti perikanan dan bot-bot kecil.

"Sebarang aktiviti perkapalan terutamanya bot kecil diminta untuk berhati-hati dan mengelakkan daripada meneruskan kegiatan mereka," jelasnya lagi.

Amaran ribut petir dan hujan lebat


Dalam pada itu, METMalaysia dalam satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan pada pukul 2.45 petang Jumaat, juga memberitahu bahawa amaran ribut petir bersama hujan lebat berlaku khusus di kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.


Terbaru Lebih lama