KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi penganjur bersama bagi temasya Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung kelak.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia berkata, Sabah bersama dua lagi negeri lain bersedia menggunakan peruntukan masing-masing sebagai pengajur bersama Kuala Lumpur.
"Tiga negeri yang akan menjadi penganjur bersama Kuala Lumpur bagi Sukan SEA 2027 nanti ialah Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang," katanya dalam sebuah kenyataan media pada Rabu.
KBS juga memberitahu bahawa Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 selepas Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).
"Keputusan itu turut dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira komitment penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya," ujarnya.