Amaran ribut petir, hujan berterusan di Sabah


MetMalaysia mengeluarkan amaran rebut petir di beberapa kawasan di Sabah.


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 1:00 tengah hari ini.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 9.08 pagi memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di Kuala Penyu, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang.

“Aktiviti luar serta perjalanan dinasihatkan untuk ditangguhkan sehingga keadaan cuaca kembali stabil,”katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook agensi itu.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.


Terbaru Lebih lama