Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan di Sabah


MetMalaysia melalui satu kenyataannya mengatakan antara kawasan yang terlibat adalah di Kuala  Penyu dan Beaufort, Pantai Barat di kawasan Papar, Putatan,Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Wilayah Persekutuan Labuan.


KOTA KINABALU- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 3.00 petang, hari ini.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12.25 tengah hari memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat di kawasan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.




Terbaru Lebih lama