Bomba melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang. Foto Ihsan Bomba Sabah |
KOTA KINABALU - Berapa daerah di Pantai Barat Sabah yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sejak semalam menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang yang bermula seawal jam 12.07 pagi sehingga jam 7.00 pagi tadi.
“Setakat ini sebanyak 17 kes pokok tumbang dilaporkan" kenyataan bomba.
Laporan terbabit masing-masing melibatkan satu kes di Tuaran, Penampang, Kota Marudu, Kuala Penyu,Putatan dan Beaufort, manakala empat kes di Kudat, lima di Kota Kinabalu dan dua kes di Kota Belud.
Terdahulu, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negeri ini meliputi beberapa daerah di pedalaman dan kebanyakan kawasan Pantai Barat Sabah.