Bomba selamatkan tujuh mangsa banjir di Tawau

TAWAU: Seramai tujuh mangsa banjir berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan selamat dalam satu kejadian bencana banjir di Batu 17, Jalan Quion Hill, Tawau disini pagi tadi. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyalamat Tawau, Timbalan Penguasa Bomba, Jemishin bin Ujin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi tadi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerakkan dalam operasi tersebut.

Operasi menyelamat mangsa banjir. Foto: Bomba Sabah

Katanya, mangsa yang diselamatkan terdiri daripada seorang wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan, dan dua kanak-kanak lelaki.

“Pasukan Bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK I (KUP) Suheizan Sahak telah berjaya mengeluarkan mangsa dan memindahkan ke tempat selamat.

Tambah Jemishin, Bomba telah menjalankan pemantauan rapi di lokasi kejadian untuk memastikan tiada ancaman lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 9:25 pagi

Terbaru Lebih lama