Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas dibawa arus deras

Gambar hiasan

KENINGAU: Dua kanak-kanak berusia dua tahun dan dua bulan dilaporkan hilang dan dikhuatiri hanyut selepas terperangkap dalam banjir di Kampung Dalit, Sook, di sini pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal bin Ahmad memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.06 malam berhubung kejadian itu.

"Menurut laporan awal, seramai tujuh mangsa dilaporkan hanyut ketika banjir melanda kediaman mereka pada jam 5 petang.

"Lima daripada mangsa selamat, manakala dua lagi masih hilang," kata Sharudy dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan bomba dari BBP Sook terdiri daripada lima anggota dan dibantu oleh empat anggota dari BBP Keningau digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 110 kilometer dan tiba pada jam 3.00 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut melibatkan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi bagi membantu proses pencarian mangsa.

Operasi SAR masih dijalankan dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terbaru Lebih lama