Dua selamat, kereta dihempap pokok tumbang dekat Jabatan Cetak


Sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dihempap pokok tumbang di Jalan Tuaran Bypass 


KOTA KINABALU– Dua lelaki selamat apabila sebuah kenderaan jenis Ford Ranger yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Tuaran Bypass, berdekatan Jabatan Cetak, di sini, petang tadi.

Ketua Balai BBP Kota Kinabalu, Ordine Bin Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 petang berhubung kejadian tersebut.

Seramai enam anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas (gergaji berantai).

“Mangsa, dua lelaki berusia 62 tahun, dilaporkan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sewajarnya di lokasi," katanya dalam sebuah kenyataan.

Tambahnya, operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

“Operasi ditamatkan pada jam 2.07 petang setelah keadaan disahkan selamat,” katanya.
Terbaru Lebih lama