FINAS Anjur Bengkel Pengarahan Drama TV di Sabah, Fokus Pembangunan Bakat Tempatan

Dato' Azmir bersama peserta bengkel pengarahan drama TV

KOTA KINABALU: Seramai 20 peserta daripada sekitar Sabah telah menghadiri Program One Step Closer : Bengkel Pengarahan Drama TV anjuran Finas dibawah Unit Latihan Industri telah berlangsung dengan jayanya di Hyatt Regency, Kota Kinabalu pada 13 dan 14 September, disini semalam.

Acara selama dua hari ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran penggiat industri tempatan dalam bidang pengarahan drama TV.

Bengkel berkenaan telah disampaikan oleh Dato' Jurey Latiff Mohd Rosli, seorang pengarah dan penerbit berpengalaman.

Dalam sesi ini, Jurey telah berkongsi pelbagai teknik, pengetahuan dan pengalaman mendalam beliau mengenai pengarahan serta aspek teknikal yang penting untuk penggiat yang komited dalam bidang ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Finas bersama tenaga pengajar bengkel

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato' Azmir Saifuddin Mutalib, turut hadir merasikan program berkenaan.

“FINAS dan kementerian memberikan komitmen dalam mempertingkatkan kemahiran penggiat industri di Sabah melalui bengkel-bengkel latihan yang sistematik,” katanya.

Azmir juga menyatakan bahawa Sabah mempunyai potensi yang besar, dengan ramai karyawan dan bakat baru yang perlu dicungkil.

Usaha ini bertujuan memastikan perkembangan industri seni tempatan terus berkembang dengan mapan dan berdaya saing.

Program ini menerima maklum balas positif daripada peserta yang berpeluang mempelajari teknik dan strategi terbaru dalam pengarahan drama TV.

Dengan adanya inisiatif seperti ini, diharapkan industri seni di Sabah akan terus berkembang dan maju.



Terbaru Lebih lama