Foto Ihsan Bomba |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin mengatakan mayat mangsa, Putri binti Jimar ditemui orang awam pada jam 8.00 pagi, 800 meter dari lokasi kejadian pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat.
"Operasi pencarian disambung semula pada jam 6.58 pagi dan mangsa ditemui pada jam 8.00 pagi, sejauh 800 meter dari lokasi asal," katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan Bomba menyerahkan mangsa kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.