Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderahati kepada Steven Sim |
KOTA KINABALU - Usaha menarik minat bakat tempatan untuk kembali berkhidmat di Sabah antara agenda dalam pertemuan antara Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di Sri Gaya semalam.
Sim memberitahu Ketua Menteri bahawa Kementeriannya, melalui HRD Corp akan membantu menangani masalah brain drain di Sabah dengan menarik bakat tempatan kembali ke negeri ini.
Pertemuan tersebut turut membincangkan kemungkinan penubuhan sebuah pusat pemulihan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk kemudahan pencarumnya di Sabah.