Keputusan Mahkamah Agung Belanda sahkan kedaulatan Sabah - Hajiji

Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa kedaulatan Sabah di Malaysia tidak perlu diragui dan dicabar oleh sesiapa pun.

KOTA KINABALU: Penghakiman muktamad Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan difailkan pihak menuntut Sulu adalah berita yang sangat baik untuk Sabah dan Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Mahkamah Agung telah membuat keputusan yang memihak kepada Malaysia justeru menamatkan tuntutan yang tidak pernah diakui Sabah sejak awal lagi,” katanya.

Hajiji menegaskan bahawa kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak perlu diragui dan dicabar oleh sesiapa pun.

Ketua Menteri memberikan maklumbalas beliau kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa keputusan Mahkamah Agung Belanda telah menutup bab cubaan pihak yang cuba membuat tuntutan tidak sah terhadap Malaysia.

Terbaru Lebih lama