Foto Ihsan Bomba |
TAWAU - Seorang lelaki maut setelah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Ranggu Batu 8 1/2, Tawau, di sini awal pagi semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan tersebut pada jam 12.44 pagi.
"Terdapat seorang mangsa lelaki, 42, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Tambahnya, Pasukan Bomba yang berada di lokasi kejadian bertindak memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud dan mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.