Mayat lelaki dibaham buaya ditemui di Kinabatangan

Mayat mangsa, Brono Kamil Js Nahak, 25, ditemui 1 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai disambar buaya. FOTO IHSAN Bomba

KINABATANGAN: Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai Ladang Tong Hup, Kinabatangan di sini, semalam, ditemukan pagi tadi.

Mayat mangsa, Brono Kamil Js Nahak, 25, ditemui 1 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai disambar buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.28 pagi ini dan telah menggerakkan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kekuatan tiga anggota bersama sebuah jentera bagi mengesan mangsa.

"Pada jam 10.45 pagi, mangsa telah berjaya ditemui oleh pasukan SAR pada jarak 1 kilometer dari lokasi mangsa disambar buaya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Terhadulu mangsa, Brono Kamil Js Nahak dilaporkan hilang selepas pergi ke sungai berkenaan untuk memungut hasil ikan melalui pukat yang telah dipasang namun mangsa tidak pulang ke rumah.


Terbaru Lebih lama