Pemandu selamat, kereta dihempap pokok tumbang di Likas

 

Pokok tumbang menghempap sebuah kereta Proton Satria di kawasan berhampiran stesen minyak Petronas, Likas. 

LIKAS: Seorang pemandu terselamat dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kereta Proton Satria dipandunya di jalanraya berhampiran stesen minyak Petronas, Likas, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PBK II Lawrence Matusin, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 pagi.

Pasukan yang terdiri daripada 10 anggota dan dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba dalam masa empat minit, pada jam 8.58 pagi.

"Pasukan Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas(Gergaji berantai) dan mangsa terlibat dilaporkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

"Operasi tamat pada jam 9:18 pagi setelah semua keadaan disahkan selamat dan tiada risiko tambahan," tambahnya.
Terbaru Lebih lama