fb Fahmi Fadzil |
KOTA KINABALU: Lagu ‘ Senyuman Sabahan’ dan ‘Bujang Sarawak’
yang dipersembah bersama tarian tradisi berjaya memukau orang ramai yang hadir
pada Sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat kebangsaan di sini malam ini.
Lenggok gemalai tarian etnik Sabah antaranya Sumazau, Sazau,
Limbai dan Igal serta Ngajat dan Menyak dari Sarawak mendapat tepukan gemuruh
hadirin malah ada yang turut menggerakkan badan,mengikut irama lagu cukup
dikenali rakyat Malaysia itu.
Tenaga pengajar Lembaga Kebudayaan Sabah Wahyudi Salem
berkata idea menggabungkan semua tarian tradisional itu adalah hasil perbincangan
tenaga pengajar dan para penari yang berjaya membuahkan tarian ringkas tetapi
padat dengan mesej perpaduan.
Beliau berkata persembahan itu dijayakan oleh 150 penari
gabungan Kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negeri Sabah, badan bukan Kerajaan serta persatuan kebudayaan sekolah sekitar
Kota Kinabalu.
“Kita menari libatkan dua bahagian iaitu Sambut Tamu dan
Keluarga MADANI. Penari Kita mala mini paling muda 10 tahun sehingga ke peringkat
umur atasan. Bukan mudah untuk kita lakukan koordinasi penari tetapi kita
berjaya lakukan.
“Sudah tentu saya dan tenaga pengajar lain amat berbangga
dengan anak didik kami. Tempoh Latihan amat singkat iaitu 10 hari Sahaja,
kemudian kita cuba di raptai-raptai sebelum ini, amat gembira lah, cukup
bertenaga kita mala mini,” katanya kepada Bernama.
Bagi Norzellah Jaafar, 32, dia menyertai persembahan tarian
pada Sambutan Hari Malaysia 2024 untuk berkongsi budaya serta tradisi penduduk
Sabah dan Sarawak sengan rakyat di seluruh negara kerana seperti pepatah ‘tak
kenal maka tak cinta’.
“Saya sungguh gembira dapat sertai acara ini, penat tetapi
memang tidak begitu rasa kerana kita dengan kawan-kawan sama-sama buat sampai
jadi terbaik. Terima kasih kerana beri peluang ini kepada saya,” katanya wanita
yang bekerja sendiri itu.
Mary Salleh, 45, pula berkata dia mendapat maklumat tentang
persembahan itu daripada rakan dan menyertainya kerana tidak mahu melepaskan
peluang untuk memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2024.
“Waktu Latihan amat padat kerana kita punya masa singkat
iaitu 10 hari Sahaja tetapi hasilnya amat kita banggakan. Seronok menari
sama-sama dengan kawan juga pertonton seni budaya kita kepada semua rakyat
Malaysia,” katanya yang bertugas sebagai pegawai pemasaran. -Bernama