Ketua PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menyatakan keyakinannya itu setelah melihat komitmen dan pencapaian Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu dalam memenuhi hak-hak Sabah dan Sarawak.
"Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat, Fasal 5, Perkara 5.8 menyebut menjunjung setia dan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka MA63”.
"Justeru, menjadikan PKR sebagai satu-satunya parti nasional yang mengangkat dengan jelas kepentingan MA63 dalam kerangka Negara Bangsa," katanya.
Tambah Ahli Parlimen Sepanggar itu, setakat ini, 11 tuntutan di bawah MA63 telah diselesaikan dengan tujuh daripadanya dipenuhi dalam tempoh dua tahun di bawah Perdana Menteri ke-10 itu.
"Pencapaian ini termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan garis panduan penyerahan tanah di Sabah dan Sarawak.
"Di bawah Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 3 tuntutan utama juga diselesaikan, seperti penyerahan pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Sabah manakala penyerahan kuasa kawal selia LPG kepada Sarawak pula dilakukan di bawah Perdana Menteri Ke-8, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

"Seterusnya baki tuntutan yang masih tertangguh akan diteruskan dan diselesaikan dengan penuh dedikasi oleh Kerajaan Perpaduan-MADANI, di bawah pimpinan Perdana Menteri melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).
Mustapha juga mengatakan Perdana Menteri sentiasa memastikan setiap langkah diambilnya dibuat secara kolektif dengan persetujuan rakan-rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
"Ini adalah contoh terbaik bagaimana kepimpinan yang inklusif dan penuh ihsan boleh membawa kemajuan positif kepada kesemua rakan kongsi yang membentuk Negara Malaysia.
"Ini adalah contoh terbaik bagaimana kepimpinan yang inklusif dan penuh ihsan boleh membawa kemajuan positif kepada kesemua rakan kongsi yang membentuk Negara Malaysia.
"Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berpadu untuk merealisasikan gagasan Malaysia Madani dengan semangat perpaduan dan keharmonian.
"Semoga Malaysia terus maju dan tumbuh sebagai Negara yang disegani dan dirahmati," katanya dalam satu perutusan sempena Hari Malaysia 2024.
"Semoga Malaysia terus maju dan tumbuh sebagai Negara yang disegani dan dirahmati," katanya dalam satu perutusan sempena Hari Malaysia 2024.