Ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan kawasan di Sabah


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan rebut petir dan hujan lebat bakal berlarutan di kawasan pedalaman, Pantai barat dan wilayah Persekutuan, Sabah. 


KOTA KINABALU- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Sabah.

METMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 petang tadi memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah merangkumi kawasan pedalaman seperti Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, bahagian Pantai Barat, Tawau dan Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Beluran, Kudat dan Kota Marudu serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuaca ini dijangka berlarutan sehingga jam lima petang hari ini,

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku lebih sejam,” ujar kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Terbaru Lebih lama