Ribut petir di kebanyakan kawasan di Sabah petang ini

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah sehingga 7 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu)," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. 
Terbaru Lebih lama