Sabah tidak pernah buat sebarang komitmen kewangan untuk Sukan SEA 2027


KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menjelaskan tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan membabitkan penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun melalui catatan di X mengatakan Kerajaan Sabah belum bersedia menjadi hos bersama bagi temasya sukan asia tenggara itu berikutan kemudahan sukan Sabah yang masih perlu dipertingkatkan.

“Mesyuarat Kabinet kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan bagi penganjuran Sukan SEA 2027.

“Kerajaan Sabah juga belum bersedia menjadi ‘co-host’ kerana kemudahan-kemudahan sukan di Sabah masih perlu dipertingkatkan.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan Malaysia menerima tawaran menganjurkan Sukan SEA 2027, dengan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju menjadi hos bersama dengan Kuala Lumpur.

Menterinya, Hannah Yeoh mengatakan kos keseluruhan Sukan SEA 2027 dianggarkan mencecah RM700 juta dan Sarawak bersetuju menanggung lebih separuh daripada kos tersebut, iaitu melebihi RM300 juta, manakala Sabah akan menyumbang RM100 juta dan Pulau Pinang pula RM15 juta.

Terbaru Lebih lama