KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri meluluskan penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam mempercepatkan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, JKKSK diberikan tanggungjawab untuk mencadangkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa sahaja di bawah umur 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18, Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.
“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini disebabkan oleh banyak kes kanak-kanak dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk bersekolah.
“Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Menara Kinabalu, hari ini.
JKKSK akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi sekretariat bersama.
“Sehubungan itu, semua permohonan akan disaring dan diperakukan melalui Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah," katanya.
“Bagi Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah.
Tambahnya, Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri bertujuan menyelesaikan isu orang tanpa kerakyataan yang sudah berlarutan di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri meluluskan penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam mempercepatkan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet di Menara Kinabalu, hari ini. |