KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan lklim Sabah
(SCAC) yang bertindak dalam menetapkan hala tuju dan menyelaras projek-projek
mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk
Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, Sabah telah membuat pindaan ke atas Ordinan Tanah Sabah Bab 68, dengan memasukkan peruntukan perundangan berkaitan penyimpanan karbon yang
mula berkuat kuasa pada 19 Jun 2023.
“Selain itu, Sabah juga baru sahaja menyelesaikan kajian inventori Greenhouse Gas (GHG) Sabah dan penilaian kerentanan untuk pembangunan Dasar Perubahan lklim
Sabah ke arah pembangunan rendah karbon Sabah”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Kementerian Ekonomi Malaysia Bersama Kerajaan Negeri Sabah Mengenai Pelaksanaan Inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon (Carbon Capture, Utilisation And Storage- CCUS) di Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu pada Jumaat.
Hajiji diwakili oleh Timbalan Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Datuk Kitingan.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd. Arifin Datuk Mohd. Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, Dato' Nor Azmie Diron, Peguam Besar Negeri, Datuk Datuk Brenndon Keith Soh dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Seri Haji Rosli Isa.
Katanya, inisiatif CCUS juga selaras dengan iltizam Kerajaan Negeri dalam menangani isu perubahan iklim dan merealisasikan agenda teknologi hijau negara, serta sumbangan wilayah Sabah kepada komitmen negara merealisasikan “Nationally Determined Contributions (NDCs)”.
Menurutnya, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa Draf Rang Undang-Undang (RUU) CCUS sedang digubal di peringkat Kerajaan Persekutuan dan percaya semua pihak berkepentingan termasuklah kementerian persekutuan, pemain-pemain industri dan kerajaan negeri dilibatkan dalam menyediakan RUU yang komprehensif.
Beliau berkata, terdapat 9 mesej utama untuk diketengahkan dalam pelan komunikasi mengenai inisiatif CCUS di Malaysia, merangkumi aspek manfaat ekonomi, perlindungan alam sekitar, kesiapsiagaan dan teknikal.
Hajiji berkata, inisiatif CCUS adalah selamat, diperlukan untuk membantu Malaysia mencapai Aspirasi Bersih Sifar pada tahun 2050.
CCUS mengurangkan impak perubahan iklim, pengurusan risiko CCUS melalui penggubalan perundangan dan peraturan yang komprehensif dan pengawalseliaan aktiviti yang berkesan.
“CCUS membantu Sektor Hard-To-Abate Tempatan bagi menangani Pelepasan Gas Karbon Dioksida, mengurangkan kos penyahkarbonan bagi Sektor Hard-To-Abate Tempatan.
Malaysia berpotensi menjadi Hab Serantau CCUS dan ia mendorong pertumbuhan CCUS meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia”, katanya.
Hajiji berharap menerusi kerjasama daripada Kementerian Ekonomi untuk memastikan input daripada negeri Sabah diambil kira bagi memastikan Sabah tidak tertinggal dalam inisiatif CCUS.
Katanya, Kerajaan Negeri melalui kementerian, jabatan dan agensi negeri Sabah yang berkaitan akan memberikan kerjasama sepenuhnya memberikan input yang diperlukan dalam pelaksanaan inisiatif CCUS.