Taman Perdana Tanjung Aru ditutup sementara - DBKK

 

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan notis penutupan sementara Taman Perdana Tanjung dan mengarahkan pengusaha taman agar menutup operasi serta-merta susulan insiden serangan memerang terhadap orang awam yang sedang melakukan aktiviti riadah pagi tadi.

Dato’ Sri Dr. Hj. Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, menegaskan bahawa DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan Taman Perdana Tanjung Aru bagi mengelakkan sebarang insiden lain yang tidak diingini.

"Langkah penutupan ini diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung dan memberi laluan kepada pihak DBKK, dengan kerjasama agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan ini bagi mengelakkan kejadian berulang dan menjamin keselamatan semua.
Terbaru Lebih lama