'Tujuan kita mahu bantu semua, tapi dia terus menghentam kita' - Hajiji

 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memerhati 'Robo Dog' pameran Petrosains, di SICC, di sini hari ini. 

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Seri Azis Jamman sepatutnya menunjukkan rasa terima kasih dan bukannya berterusan mengkritik kerajaan negeri, selepas kelulusan biasiswa untuk dua anaknya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata pemberian biasiswa tersebut dibuat dengan niat yang baik, bertujuan untuk memberi bantuan kepada semua rakyat Sabah yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang mereka.

"Sepatutnya dia berterima kasih. Kita sudah berikan biasiswa kepada anak-anaknya. Janganlah menerima begitu sahaja, tetapi dia masih mengkritik kita.

"Tujuan kita jelas: untuk berkhidmat dan membantu semua rakyat yang memerlukan. Sebaliknya, dia terus 'menghentam' kita," beliau memberitahu media selepas melancarkan perasmian Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (ESTCON) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Semalam, Azis yang merupakan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah memberi maklum balas bahawa kedua-dua anaknya berhak mendapatkan biasiswa kerana mematuhi kriteria minimum.

Beliau juga menyuarakan bahawa isu biasiswa anak-anak tidak sepatutnya dijadikan bahan politik dan menyeru Hajiji untuk menyelesaikan beberapa perkara termasuk perjanjian MA63, isu-isu air dan elektrik, serta mengikut jejak langkah Sarawak untuk memberikan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat-rakyat.

Sementara itu, isu pemberian biasiswa telah dipertikaikan oleh rakyat disebabkan latar belakang Azis sebagai mantan timbalan menteri dalam negeri yang mempunyai lebih kemampuan dari segi kewangan berbanding dengan golongan yang lain.
Terbaru Lebih lama