KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terus terperangkap dalam zon selesa dan beranggapan nasib serta masa depan kaum bumiputera tetap terjamin dan terbela.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, umat Islam wajar
keluar dari kepompong zon selesa dengan menerapkan budaya berfikir berasaskan
fakta dan ilmu, berfikir di luar kotak untuk memajukan diri, bangsa dan negara.
Menurutnya, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bukan sekadar untuk
memperingati dan meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW semata-mata,
sebaliknya salah satu wadah untuk mengikis mentaliti cepat puas hati dan
membebaskan diri daripada perangkap zon selesa terutama sekali di
kalangan anak-anak muda dan belia muslim dewasa ini.
Katanya, selaras dengan sifat serta sikap Nabi Muhammad SAW yang meskipun
maksum, dikasihi Allah dan dijamin masuk syurga, namun tetap tekun dan istiqamah
melaksanakan amal ibadat dengan sempurna.
“Budi pekerti Rasulullah ini memberi pengajaran bahawa umat Islam mestilah mengikis
sikap mudah selesa, mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada,sebaliknya perlu
sentiasa bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
“Pengajaran ini seharusnya digarap secara positif oleh generasi muda Islam hari ini jika
tidak ingin ketinggalan dalam mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam
kehidupan”,katanya pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Negeri Sabah 1446H/2024H di Sabah International Convention Centre (SICC) pada
Isnin.
Hajiji berkata, penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk yang
berkaitan dengan teknologi baharu seperti industri digital, Internet of Things, kecerdasan buatan (AI), penggunaan robotik dan sebagainya akan meletakkan masyarakat ummah setaraf dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju di dunia.
Menurutnya, pendekatan kerajaan mengajak rakyat mengenang kejayaan Rasulullah
SAW membina ummah yang berjaya adalah selaras dengan hasrat murni untuk
membangunkan sektor sumber manusia dan modal insan
wawasan negeri dan negara, kerana tanpa nilai atau kualiti yang tinggi, negara akan
menjadi lemah dan tidak mampu untuk bersainng dalam apa jua bidang dan arena di
peringkat antarabangsa.
“Justeru hasrat murni kerajaan ini, bukan sahaja harus disambut baik oleh seluruh
rakyat, bahkan harus disokong dan didukung oleh masyarakat ummah, demi kemajuan
yang berterusan dan kesejahteraan yang berkekalan”, katanya.
Beliau berkata, dibawah dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kerajaan
menyediakan pelbagai insentif berupa bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar
cemerlang di negeri ini, termasuk golongan yang kurang berkemampuan, bagi
membantu meringankan bebanan mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi.
Katanya, kerajaan juga memperkenalkan beberapa anugerah sempena sambutan
Maulidur Rasul SAW sebagai imbuhan dan pengiktirafan sumbangan dan peranan
mereka yang melaksanakan tugas serta perkhidmatan fardu kifayah, membantu
mempermudah urusan maslahah rakyat dan sebagainya.
“Insentif ini sebagai motivasi kepada masyarakat Islam untuk terus mencontohi dan
meneladani Rasululllah SAW dalam urusan beramal kebajikan yang secara tidak
langsung mengagungkan kerasulan baginda serta membela agama Allah SWT dengan
penuh istiqamah dan keikhlasan”, tambahnya.
di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan
Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni diiringi difdif
kenamaan bersama lebih 7000 umat Islam berarak ke SICC.