2 maut MPV terbabas di Kinabatangan

Foto ihsan Bomba

 

KINABATANGAN: Dua maut manakala empat cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang terbabas sendiri di Batu 32 Bukit Garam, Kinabatangan, di sini pada petang Rabu.

Mangsa yang meninggal dunia melibatkan remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.20 petang berhubung kejadian tersebut.

Tujuh anggota dari BBP Kinabatangan bersama dua jentera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian sekitar jam 5.44 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat sebuah kenderaan jenis Produa Aruz yang terbabas sendiri dan terbalik di jalan raya.

“Enam mangsa berada dalam kenderaan, empat daripadanya mengalami kecederaan, manakala dua disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang meninggal unia diserahkan kepada pihak PDRM untuk siasatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.13 malam setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.
Terbaru Lebih lama