3 kenderaan rosak dihempap konkrit, kaki lima bangunan kedai runtuh

Kaki lima bangunan kedai di Taman Perindustrian Kian Yap, Inanam, runtuh pada pagi Rabu, semalam. 


KOTA KINABALU - Tiga kenderaan rosak selepas struktur konkrit di kaki lima tingkat satu sebuah bangunan kedai di Taman Perindustrian Kian Yap, Inanam, runtuh pada pagi Rabu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Myvi, Perodua Aruz, dan Toyota Vios. Tiada kecederaan dilaporkan.

Terbaru Lebih lama