485,547 pengunjung hadir Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah

Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan pengunjung selepas merasmikan PMR 2024 di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu lalu. 


KOTA KINABALU: Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Oktober 2024 di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya mencatat kehadiran 485,474 orang jumlah pengunjung.

Program yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor itu diisi dengan pelbagai aktiviti dan pelbagai pameran dariapada agensi Kerajaan Perseketuan di Kerajaan Negeri Sabah serta penglibatan sektor swasta.

Menurut Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armzan Mohd Ali, pelaksanaan program bagi Zon Sabah ini merupakan kolaborasi antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai kementerian peneraju dan Kerajaan Negeri Sabah.

“Pengisian program melibatkan pembukaan 36 unit reruai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah selain penglibatan sektor swasta. Antara komponen yang telah disediakan adalah sebanyak 215 perkhidmatan touchpoint rakyat, penglibatan 118 usahawan Jualan MADANI, pameran aset oleh 4 agensi kerajaan, 14 majikan di karnival kerjaya, 40 acara sesi libat urus pentas, 20 aktiviti luar, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan 18 aktiviti agenda belia. Kepelbagaian pengisian dan perkhidmatan yang ditawarkan telah berjaya menarik seramai 485,474 orang pengunjung.

Perdana Menteri turut melancarkan inisiatif KITA GEMPUR iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan dan inisiatif ini merupakan satu langkah strategik kerajaan melalui KPDN untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

“Dengan pelancaran ini, kerajaan melalui KPDN beriltizam untuk melibatkan seluruh rakyat dalam memastikan usaha membanteras manipulasi dan ketirisan barangan kawalan dapat ditangani,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam majlis sama, telah berlangsung penyampaian surat hak milik tanah individu (Native Title) kepada wakil penerima dari lapan daerah. Pengeluaran surat hak milik tanah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) melalui bantuan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah. Objektif PANTAS antaranya adalah untuk memelihara dan melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah atas tuntutan hak tanah adat dan pemilikan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah.

Sebagai salah satu langkah meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendekatan Community Based Project, YAB Perdana Menteri turut menyerahkan cek cura (mock-cheque) kepada wakil-wakil penerima Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) dan melancarkan Nombor Plat Istimewa (NPI) MADANI untuk tujuan bidaan.

“KPDN selaku kementerian peneraju ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak merentasi kementerian/agensi persekutuan dan negeri, syarikat swasta, para usahawan dan khususnya warga Sabah yang telah hadir menjayakan dan memeriahkan program ini.

“Penganjuran PMR Sayangi Sabah telah berjaya mencapai objektif untuk merakyatkan program dan perkhidmatan kerajaan di akar umbi,” katanya.
Terbaru Lebih lama