Amaran ribut petir di kebanyakan tempat di Sabah petang ini

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Sabah sehingga jam 4.00 petang, hari ini.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1.45 tengah hari memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.
Terbaru Lebih lama