Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shaiful Amin, 40, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa mengedar ganja di sebuah rumah dekat Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, di sini, jam 1.40 petang, 23 September lalu.
Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan.
Mahkamah menetapkan 12 November depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Jeffrey Kadisun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di hadapan Majistret Don Stiwin, tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1962 atas kesalahan memiliki 9.98 gram dadah jenis sama dan Seksyen 15(1)(a) kerana memasukkan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badannya.
Kedua-dua kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan di kawasan Lorong Industri Megah 2 dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau, pada jam 10.30 pagi dan 4 petang hari yang sama (23 September 2024).
Mahkamah menetapkan tarikh 18 November depan sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan ujian kimia.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin manakala tertuduh diwakili peguam Jhassery P Kang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).