Nizam (Dua dari kiri) menghadiri Trade Expo Indonesia (TEI) ke-39, di BSD, Tangerang Selatan, Indonesia. |
Indonesia: Ekonomi di perbatasan Indonesia dan Malaysia dijangka akan terus meningkat terutamanya menerusi kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor perikanan.
Terdahulu, termeterai satu Memorandum of Understanding (MoU) kerjasama Perdagangan Perikanan antara Persatuan Usahawan Perikanan Tawau (PUPT) dengan Himpunan Nelayan Seluruh Indonesia (HNSI) Cabang Tarakan sempena Trade Expo Indonesia (TEI) ke-39, di BSD, Tangerang Selatan, Indonesia, 9 Oktober lepas.
Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Ketua Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Aris Heru Utomo dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Selain MoU itu, turut diadakan majlis tandatangan ‘Single Purchase Statement’ (SPS) oleh Koperasi Emas Tawau Sabah Berhad.
Dalam MoU yang ditandatangani oleh Ketua PUPT, Ali @ Anuar Alwi dan Ketua HNSI Tarakan M Nurhasan Alhuda itu menyebut bahawa PUPT sebagai pihak pertama akan membeli produk perikanan seperti ikan, ketam dan pelbagai hasil laut segar dari HNSI sebagai pihak kedua bernilai USD49 Juta.
Aris menzahirkan rasa gembira dengan termeterainya MoU berkenaan dan berharap kerjasama ekonomi di perbatasan Indonesia dan Malaysia akan terus tumbuh dengan pesat.
“Melalui MoU ini diharapkan dapat menjadikan perdagangan ikan dan produk laut antara kedua-dua negara akan diurus dengan lebih sistematik.
“Ia juga dilihat dapat membuka peluang kerjasama ekonomi perbatasan seperti peningkatan eksport, peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan nelayan dan industri perikatan di perbatasan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, kerjasama itu juga diharapkan dapat membantu mencegah pelbagai masalah seperti pencurian ikan (illegal fishing) dan konflik perbatasan.
“Kerjasama perdagangan perikatan di perbatasan ini juga dilihat mampu memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia.
“Selain itu, dapat menciptakan iklim kerjasama yang lebih luas, termasuk hubungan dalam sektor-sektor yang lainnya,” katanya.
Aris berkata, kerjasama itu menunjukkan adanya kepercayaan antara penjual dan pembeli dalam hubungan antara negara.
Dalam MoU yang sama juga dilaksanakan kerjasama SPS oleh Ketua Koperasi Emas Tawau Sabah Berhad Kamariah Ahmad bernilai USD 100,000 untuk jangka masa satu tahun.
Seramai 34 ahli perniagaan dari pelbagai sektor hadir dalam majlis TEI ke-39 berkenaan termasuklah China Chamber of Commerce Tawau, Persatuan pengusaha China-Sabah, Persatuan Pengusaha Bugis-Sabah, pengusaha ekspedisi pelayaran, perkebunan, pemborong produk makanan dan minuman Indonesia dan lain-lain.