Hujan dijangka berterusan di Sabah sehingga enam petang ini

 

Gambar Hiasan. 

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Sabah sehingga jam 6.00 petang, hari ini.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 2.35 petang memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.

 


 


Terbaru Lebih lama