Jambatan di KM1.337, Jalan Tulangis, Penampang dibuka semula 21 Oktober ini

Foto Ihsan Jabatan Kerja Raya Sabah (JKRS). 


PENAMPANG– Jambatan di KM1.337, Jalan Tulangis, Penampang akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya pada 21 Oktober 2024 ini. 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengeluarkan notis pemberitahuan pembukaan semula jambatan lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

“Kerja pembinaan semula lantai jambatan yang dimulakan pada 15 Mac 2024 telah disiapkan dua bulan lebih awal dari tarikh yang dijadualkan, iaitu 15 Disember 2024,”  tulis JKR Sabah dalam satu kenyataan

Pembukaan semula jambatan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar dan pengguna jalan raya yang sering menggunakan laluan tersebut. 

Sebelum ini, notis penutupan sementara jalan raya yang menghubungkan Putatan dan Penampang ini dikeluarkan agar pengguna jalan raya dapat menggunakan laluan alternatif yang lain.

Terbaru Lebih lama