Gambar Hiasan. |
LAHAD DATU- Seorang kanak-kanak lelaki berusia
10 tahun maut dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin
Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi, 10, ditemukan dalam keadaan tanpa
kepala dan tangan kanan 9.26 pagi.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum itu
sedang mandi di pantai berkenaan bersama lima rakannya.
“Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah
laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak
berjaya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata laporan berkaitan kejadian
dibuat bapa tiri kanak-kanak itu dan empat anggota polis kemudian melakukan
pencarian bersama penduduk kampung.
Mayat katanya ditemui kira-kira 600 meter dari
lokasi kejadian.
Dzulbahrin meminta saksi kejadian menghubungi
Ketua Balai Polis Desa Kencana Insp Junis Bulansar @ Matius menerusi talian
013-8742128 bagi membantu siasatan.
-BERNAMA