Foto ihsan Bomba |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.02 malam.
Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback telah terbabas sendiri ke bahu jalan.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 22 tahun tersepit di dalam kereta berkenaan dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kunak menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan susulan.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 8.29 malam,” katanya.